selamat dateng kanak-kanak sekalian, saya telah ditimpa inspirasi menterjermahkan klassik televisyen berpendidikan ini untuk faedah..tiada sesiapapon. tetapi, kecanggihan bahasa ku tidak boleh mengecapi ketinggian kemahiran yang ditunjukkan oleh si-fu saya di sini.
dia merupakan inspirasi saya dan saya akan bertindak seperti saya tidak mengenalinya dan tidak memberi sebarang kredit apabila saya memenangi hadiah nobel sastera, oleh kerana aku adalah kelahiran generasi cinta cetak rompak. ini adalah kewajipan saya kepada ahklak masa kini yang patut dipromosi dan amat "chun" sekali.
tetapi, ku sudah lari topik. saya tidak akan minta maaf kerana kamu masih membaca dan padan muka.
oh tidak! oh kepahitan jiwaku merentasi lautan mengaum! saya sudah terlupa adegan yang patut diceritakan. hanya yang boleh diingati adalah skandal berkualiti seumpama edisi siasat dan kisah benar, yang akan membongkar misteri hubugan sulit antara burung besar dan raksaksa biskut, dan kenapa si oskar bermuram masih ingin tinggal sebagai sampah masyarakat. (ini bukan metafora, kerana si oskar tinggal dalam tong.)
aduhai aduhai apa yang sedang berlaku kepada masyarakat masa kini?! ini yang boleh diceritakan buat masa kini kerana ku sudah malas ber taip taip.
biar saya mengakhiri sesi ini dengan gubahan puisiku tulen dan tidak cetak rompak punya. jika tidak jelas, boleh pulang balik sebelum satu minggu.
daging khinzir dipanggang, memang harum asapnya, bahasa malaysia bahasa kita, sila gunakan bila boleh.
rasalah kehebatan puisiku, yang sangat istimewa tidak boleh digambambarkan.
orange|four
The colder the X-ray table, the more of your body is required to be on it.